KRONOLOGI PEMBENTUKAN MALAYSIA
- 1945 - Konsep Kesatuan Malaya (Malayan Union) ditubuhkan
oleh kerajaan Imperialis Inggeris kononnya untuk menuju ke arah pembentukan
kemerdekaan Malaya. Namun, majoriti daripada rakyat tempatan membantah usaha
ini kerana ianya menyebabkan pembatalan semua fungsi politik Sultan di sembilan
negeri-negeri dan mengeluarkan Singapura dari kesatuan itu.
-1947 - Setelah melihat pemberontakan dan rusuhan di antara
orang Melayu,
Inggeris memutuskan untuk menukar konsep tersebut dengan
pembentukan sebuah Persekutuan Tanah Melayu. Namun isu pendatang kaum Cina dan India masih
dibincangkan ketika itu.
Sungguhpun sudah terdapat kehadiran kaum Cina dan india
sejak zaman kesultanan Melaka, akibat dari hubungan perdagangan , kemasukan
beribu-ribu kaum Cina dan India adalah menerusi usaha Inggeris bagi melakukan
kerja-kerja yang tidak popular di kalangan masyarakat Melayu yakni, di lombong
dan estet ketika itu.
1948 - Malaya memasuki tempoh darurat kerana pemberontakan
Komunis.
-
1949 - Pilihan raya pertama Malaya ketika itu dimenangi oleh
Parti Perikatan yang
terdiri daripada UMNO (Malaysia), MCA (Cina) dan MIC
(India). Inggeris mendapati bahawa orang-orang Melayu tidak mempunyai masalah
untuk membenarkan keujudan sebuah negara berbilang kaum dengan beberapa syarat
tertentu. Ini termasuk membenarkan pemberian kerakyatan kepada kaum pendatang
yang pada ketika itu dimasukkan oleh Inggeris untuk menjalankan kerja-kerja
tertentu.
-1955-1956 Tunku Abdul Rahman memimpin sekumpulan pemimpin
Parti Perikatan ke London untuk berunding tentang kemerdekaan Malaya. Akhirnya,
ketetapan dipersetujui pada bulan Februari 1956 dan kemerdekaan secara rasmi
akan diberikan
-1957 - Kemerdekaan dan pembentukan Persekutuan Malaya pada
31 Ogos 1957
-1960 - Para pemberontak Komunis menjadi semakin lemah,
menyebabkan Darurat dimansuhkan untuk pertama kalinya sejak 1948.
-1962
- Perundingan diteruskan untuk memberikan kemerdekaan kepada Singapura, Sabah,
Sarawak dan Brunei antara pemimpin tempatan dan Inggeris. Pada waktu ini
kelihatannya, Singapura tidak bermasalah untuk bersama Malaya. Namun, pemimpin
pembangkang Brunei membantah usaha ini
dan berlakulah kekacauan menyebabkan Brunei tidak menyertai Malaya.
-1963 - Pembentukan Persekutuan Malaysia dibentuk pada 16
September
1963 terdiri daripada 9 negeri di Malaya, Sabah,
Sarawak dan Singapura
No comments:
Post a Comment